periodic table

11/15/2009

SELAMAT MENEMPUH SPM 2009


SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN TERBESAR DALAM HIDUP. CIKGU UCAPKAN SEMOGA BERJAYA PADA SEMUA. INI ADALAH HARI MOTIVASI PELAJAR BERSAMA IBUBAPA MASING-MASING DI SMK BERA BANDAR 32, TRIANG PAHANG.

lihatlah air muka ayah dan ibu. itulah harapan mereka. bukan ingin menumpang senang, tapi keinginan untuk melihat anak berjaya lebih tinggi dari segalanya.

balaslah jasa mereka yang selama ini bersusah payah membesarkan kita. berilah sedikit senyuman pada wajah mereka. bukan duit yang dipinta tapi hanyalah kebanggaan seorang ayah dan ibu untuk melihat anak mereka berjaya.

Ya Allah Ya Tuhanku....ampunilah segala dosa kedua ibu bapaku. Berikanlah mereka kesejahteraan sepertimana yang mereka berikan padaku selama aku dididik. Ya Allah Ya Tuhanku...kurniakanlah mereka kebanggaan dalam mendidik aku sehingga dewasa. Aku amat bermohon padamu supaya berikanlah mereka kekuatan dan kesabaran dalam mendidik aku..dan Ya Allah Ya Tuhanku.....kurniakanlah aku satu sifat di mana aku boleh membuatkan ibu bapaku bahagia hingga ke akhir hayat mereka....amin Ya rabbul alamin...


Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Baca Selanjutnya..

7/31/2009

TIP JADI PELAJAR TERBAIK

Anak-anak kadangkala sukar meletakkan dirinya menjadi murid atau pelajar terbaik. Pada mereka, penilaian seseorang guru hanya terletak pada prestasi ditunjukkan dalam pelajaran sebagai kayu ukur penting.

Namun, mereka lupa cara menjadi individu menarik supaya rakan mahupun guru menyukai mereka, sekali gus menjadi pelajar contoh di sekolah.

Petua berikut barangkali boleh menjadikan anda sebagai anak atau pelajar disegani dengan memiliki ciri diingini:

# Jadilah seorang pemimpin. Latih rasa tanggung jawab.

Apabila guru meminta bantuan untuk mengerjakan sesuatu misalnya membersihkan kelas, jangan ragu untuk menerimanya. Ajak beberapa teman kelas dan pimpin mereka untuk membersihkan kelas bersama-sama.

# Mendengarkan penjelasan guru dengan baik.

Jawab setiap pertanyaan diajukan guru apabila anda ketahui jawapannya. Jangan menunggu guru untuk memanggil anda bagi menjawab pertanyaan.

# Jangan malu bertanya.

Selalu ajukan pertanyaan kepada guru apabila tidak mengerti sesuatu hal.

# Lakukan kerja rumah seperti latihan yang diberikan dengan baik, jangan selalu mencari alasan untuk tidak mengerjakannya.

Jangan malas mengerjakan kerja rumah dengan alasan lupa atau menunda-nunda mengerjakannya.

# Sebaik pulang dari sekolah, selalu ulang kaji pelajaran.

# Cukup rehat, makan dan bermain.

Semuanya dilakukan secara seimbang. Pulang dari sekolah, lazimnya kita ingin cepat keluar bermain dan melupakan segala hal penting lain seperti makan dan rehat.

Apapun, badan memerlukan tenaga tambahan yang diperoleh daripada rehat dan makanan. Oleh itu, bahagikan masa dengan baik antara waktu makan, rehat dan bermain. Jika semuanya dapat dilakukan dengan baik, badan jadi segar setiap hari. Jadi, tidaklah sering mengantuk di dalam kelas.

# Banyak membuat latihan terhadap pelajaran yang kurang disukai.

Apabila anda tidak menyenangi sesuatu mata pelajaran contohnya Matematik, banyak lakukan latihan selain mengikuti kursus atau belajar berkelompok dengan teman.

Selepas belajar, bermain seperti biasa dan menambah teman baru di tempat kursus. Selain itu, siapa tahu daripada kurang menyukai Matematik, anda semakin menyukainya.

# Ikuti kegiatan kokurikulum yang anda senangi.

Cari kegiatan yang bersesuaian dengan minat anda kemudian, ikuti kursus berkaitan kegiatan itu. Di samping mengikuti pembelajaran di sekolah, anda juga dapat pelajaran tambahan di luar sekolah.

# Cari seorang pembimbing yang baik.

Orang tua adalah pembimbing yang terbaik selain guru. Apabila ada yang kurang jelas daripada keterangan guru di sekolah, anda dapat menanyakan hal terbabit kepada orang tua.

# Jangan suka meniru teman.

Jika meniru, ia hanya memberikan nama buruk kerana kebodohan sendiri. Lagipun, belum tentu teman yang ditiru itu menjawab pertanyaan dengan betul.

Bagaimana pula jika guru dan teman lain mendapat tahu perkara itu? Tentu malu. Sebaliknya, jika rajin belajar, pasti mampu menjawab semua pertanyaan dengan betul.


Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Baca Selanjutnya..

6/14/2009

selamat hari bapa

Bapa, ayah, abah, itulah panggilan keramat anak kepada lelaki yang mempunyai anak. Kehebatan ayah tiadalah tandingannya…. Sebut saja ayah anak pasti berhati-hati. Ayah selalunya tegas dan penuh disiplin. Dalam banyak hal ayahlah kata pemutus.

Ayah juga jarang menunjukkan secara zahir sayangnya pada anak. Hakikatnya ayah amat sayang pada anak-anak. Kebanyakkan ayah tak banyak cakap tapi banyak tindakan. Ayah banyak mengajar anak-anak dengan perbuatan dan gerak geri. Ayah juga banyak guna bahasa badan, sehingga anak membuat telahan sendiri. Anak-anak kalau bercakap dengan ayah terlalu berhati-hati. Kadang-kadang takut kadang-kadang tidak.

Itulah kebanyakan lelaki yang bergelar ayah! Sempena Hari Bapa, hadiahkanlah sesuatu untuk ayah. Beraksilah dipentas kehidupan dengan aksi-aksi yang tidak mengecewakan ayah dan ibu kita.

SELAMAT HARI BAPA


Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Baca Selanjutnya..

5/30/2009

al-quran sebagai pembela di akhirat

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W :" Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."


Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Baca Selanjutnya..

cuti ooo...cuti

salam....cuti skolah dtg lagi ...........mmmmmmmmmmmm.....sukanya bebudak tuh. cikgu pong aper kurangnya....... sempena cuti skolah ni....ingin kuucapkan, buat rombongan guru2 smk bera bandar 32 yg gi melancong ke sabah tu, slamat mlanconglah ye....... jgn lupa buah tgn.......takpun tgn buah.........


Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Baca Selanjutnya..

5/25/2009

mahu murtad kerana dihina....ASTAGHFIRULLAHALA'ZIM

TERSENTUH hati ini bila membaca kisah 11 beranak di Kampung Jaya Gading Kuantan, Pahang, yang dilaporkan oleh Harian Metro hari ini dikatakan nekad mahu keluar Islam sebagai jalan terakhir membebaskan diri daripada belenggu derita akibat tidak tahan dengan kejian dan cacian masyarakat setempat gara-gara mereka adalah keluarga miskin. Klik di sini untuk baca.

Adakah ini jalan yang terbaik buat keluarga ini ? Adakah dengan cara murtad boleh menyelesaikan segala masalah ? Menurut wanita yang mahu dikenali sebagai Azmah, sepertimana yang dilaporkan oleh Harian Metro, dia dan suami, Rahim, 40, begitu nekad sekali untuk mengambil keputusan menukar agama kerana tidak sanggup sering menjadi bahan cacian dan penghinaan masyarakat, malah sembilan anak mereka juga turut menjadi mangsa buli rakan sekampung.


“Saya kecewa dan tak tahu apa salah keluarga kami hingga ada kaki buli anak saya tergamak memotong saluran paip yang menyalurkan air dari surau berhampiran ke rumah kami selain melemparkan batu ke cermin,” luah Asmah ibu kepada sembilan anak berusia antara lima bulan hingga 14 tahun.

Menceritakan semula tindakan itu, Azmah berkata, pendapatan suami sebagai pencari besi buruk tidak seberapa. Menurutnya, keperitan hidup mereka pernah mendapat perhatian kerajaan apabila memberikan sebuah rumah melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Jaya Gading.

Bagaimanapun, rumah PPRT yang didiami sejak dua tahun lalu itu tiada bekalan air menyebabkan mereka terpaksa menyambung saluran paip dari surau berhampiran.

“Namun, tindakan itu tidak disenangi penduduk setempat sebelum remaja nakal memotong paip dan membuang kepala paip ke dalam tangki najis surau.

“Bukan itu saja, saya sebelum ini sudah membuat tujuh laporan polis sejak 2007 kerana anak saya sering dibuli serta diugut penduduk yang mahu mengancam keselamatan mereka, “ katanya sambil menitiskan air mata ketika ditemui, semalam.

Difahamkan, keluarga berkenaan sudah pergi ke sebuah gereja, namun dihalang pengawal keselamatan yang meminta datang semalam.

Berikutan itu, keluarga berkenaan bimbang pulang ke rumah dan bermalam dalam kereta di tepi sebuah gereja di Jalan Gambut, di sini.

Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu diselamatkan seorang pemandu bas ekspres, Sheikh Anuar Sheikh Abdullah, 38, yang kemudian menghubungi Harian Metro.

Ketika ditemui, keluarga terbabit pada mulanya cuba mengelak ditemu bual dan mahu beredar dari sebuah restoran tetapi berjaya dipujuk beberapa wakil media sebelum menunggu ketibaan pegawai Majlis Agama Islam Pahang (Maip).

Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Islam Maip, Nik Ibrahim Nik Abdullah, berkata beliau akan memberi bimbingan dan kaunseling kepada keluarga terbabit dalam usaha memujuk mereka supaya membatalkan niat mahu menukar agama.

Menurutnya, pihaknya begitu terkejut apabila dimaklumkan kes berkenaan dan akan cuba membantu menghulurkan bantuan kepada keluarga terbabit.

Oleh itu, diharap kepada pihak MAIP selamatkanlah keluarga ini daripada membuat tindakan yang merosakkan akidah itu.

Sementara itu pula, marilah kita bermuhasabah diri dan bertanya kepada diri kita, adakah kerana kemiskinan dan kekurangan hidup, dia (keluarga Asmah) harus dihina dan dicaci ? Malah disisihkan daripada masyarakat ? Kalau kita benar-benar orang yang beriman, bukan hinaan dan cacian yang diberikan kepada keluarga miskin ini malah bantuan kita hulurkan untuk meringankan beban penderitaan keluarga ini.

Ajaran Islam telah mengajar kita supaya tolong-menolong antara satu sama lain dalam kehidupan bermasyarakat. Bukannya saling mencaci dan menghina antara satu sama lain.

Ingat ! Hari ini kita megah mencaci orang lain, mungkin suatu hari nanti kita pula akan dicaci. Muhasabahlah…


Baca Selanjutnya..

5/22/2009

sifat anak yang derhaka


Dalam Islam diwajibkan seorang anak itu taat kepada kedua ibu bapanya, mereka wajib menghormati ibu bapanya, tidak boleh bersikap kasar terhadap kedua orang tua mereka.

Tetapi ada juga anak-anak yang lupa daratan, mereka ini adalah tergolong dari anak-anak yang tidak tahu menghormati ibu bapa mereka. Sikap mereka yang kasar sering membuat hati ibu bapa mereka terluka dan terguris.

Anak-anak yang engkar terhadap ibu bapanya adalah anak-anak yang tidak mahu berbuat bakti terhadap ibu bapa mereka. Mereka hanya mementingkan diri sendiri. Mereka tidak pernah ingat bahawa kalau tidak kerana ibu bapa mereka, mereka tidak akan lahir di dunia ini.


Oleh itu anda harus ingat kalau tidak kerana ibu bapa anda tidak akan mengecapi hidup yang senang lenang, seperti yang anda hadapi sekarang ini. Kalau tidak kerana penat jerihnya anda tidak akan menjadi manusia yang disegani dan mempunyai ilmu yang tinggi.

Tidak guna anda berilmu setinggi langit, jika anda tidak dapat membahagiakan ibu bapa anda sebagaimana dia membahagiakan anda semasa anda memerlukan perlindungan darinya.

Sebenarnya ibu bapa itu bukan mahu disanjung-sanjung setinggi langit atau didukung sebagaimana dia mendukung anda semasa kecil atau disuap nasi ke mulutnya, sebagaimana dia menyuapkan anda semasa kecil lagi. Tetapi sudah cukup anda menghormatinya dengan memberi perhatian yang sewajarnya terhadap dirinya ketika mereka memerlukan.

Ibu bapa memang mudah berkecil hati jika anda mengeluarkan kata-kata yang kasar terhadapnya, oleh itu jagalah lidah anda jangan sampai terlanjur berkata kasar terhadapnya. Berlemah lembutlah terhadap mereka, walaupun anda tidak setuju dengan sikap mereka. Berunding dengan baik dalam suasana yang jernih akan dapat satu penelitian yang jujur terhadap apa yang dimusykillan.

Jangan anda tidak setuju terhadap ibu bapa anda terus berkeras dan membentak-bentak, ini durhaka namanya. Anak durhaka tidak akan mendapat rahmat daripada Allah SWT. Oleh yang demikian, waspadalah terhadap tindak- tanduk dan tingkah laku anda untuk menjaga hati orang tua anda.

Lantaran jasa orang tua anda tidak akan dapat anda balas, walau sebanyak mana anda memberi perhatian terhadap mereka. Pengorbanan mereka terlalu besar terhadap anda. Mengapa anda tidak boleh memberi kelapangan kepadanya ? Jika rezaki anda melimpah ruah, anda jangan bakhil membiayainya sedapat mungkin yang boleh. Kerana kekayaan atau rezaki yang anda perolehi itu adalah hasil usahanya juga untuk memberi anda hidup dan berilmu.

Kawallah diri anda untuk menjadi insan yang berguna dan tidak durhaka kepada orang tua anda. Jika tidak kerana mereka anda tidak akan bernafas serta ketawa untuk hari ini. Jika anda membelakangi orang tua bererti anda membelakangi apa yang disuruh oleh Allah SWT. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

“Bahawasanya Allah mengharamkan ke atas kamu semua menderhakai ibu dan menanam hidup anak-anak perempuan, sebagaimana Tuhan mencegahmu untuk menahan pemberian yang perlu diberikan dan Allah tidak menyukai kata-kata yang sia-sia dan membanyakkan pertanyaan dan menyia-yiakan harta.” - Riwayat Bukhari.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW lagi yang diriwayatkan oleh Thabrani yang bermaksud :

“Tiga perkara tiada bermanfaat, lagi bersertanya sesuatu pun iaitu menyengutui Allah SWT dengan sesuatu, mendurhakai ibu bapa dan lari dari medan pertempuran.”

Sabda Rasulullah SAW di atas jelas membuktikan bahawa menderhakai ibu bapa adalah amalan yang dimurkai oleh Allah SWT. Allah tidak akan merestui anak-anak yang derhaka. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Thabrani :

“Dua kejahatan yang dibalas oleh Allah di dunia ini iaitu zina dan derhaka kepada ibu bapa.”

Oleh itu, jika anda mendurhakai ibu bapa, anda telah melakukan maksiat besar yang merupakan dosa besar. Anak yang menderhakai ibu bapanya akan ditolak segala amalannya selagi anak itu tidak meminta ampun dan keredhaan dari ibu bapa mereka.

Anak-anak yang durhaka akan menerima hukuman yang setimpal dari Allah sejak mereka di dunia lagi, mereka hilang kemerdekaan hati dan rasa bersalah sering menghantui mereka. Dan di akhirat juga mereka akan mendapat hukuman yang setimpal. Kerana mereka yang mendurhakai kepada ibu bapa akan dibangkitkan semula di akhirat menyerupai kaldai. WALLAHU A’LAM…

Apa pandangan / komen pembaca tentang tingkah laku anak-anak sekarang terhadap kedua ibu bapa mereka ?


Baca Selanjutnya..

5/19/2009

apabila guru dihina dan dicaci....

Assalamualaikum wbt…Hari ini KALAMKU terpanggil lagi untuk membicarakan sesuatu buat insan yang bergelar guru, pelajar dan ibubapa. Aku terbaca harian metro (22 April 2008) sebentar tadi di mana akhbar itu melaporkan kes 5 guru sekolah rendah dekat semenyeh Kajang dihina, dicaci dan dimalukan dengan kata2 lucah dan kesat oleh 2 lelaki yang dipercayai ibubapa kepada pelajar sekolah tersebut dihadapan pelajar2 mereka sendiri menyebabkan mereka ditertawaka oleh kira2 40 orang pelajar dan hanya mampu menanggis apabila dihina dan dicaci oleh ibubapa tersebut. Sungguh tersentuh dan menyayat hati apabila aku bayangkan keadaan itu.


Pendapat aku tentang hal ini, tindakan ibubapa pelajar tersebut adalah tidak wajar dan tidak rasional kerana telah bertindak mengikut hawa nafsu semata2. Padahal Islam telah menganjurkan kepada kita sebagai umat Islam yang berpegang kepada ajaran al-Quran, apabila berlaku perselisihan dalam sesuatu perkara hendaklah kita menyelesaikannya secara bermuzakarah dan mengadakan perbincangan supaya dapat mencari jalan untuk menyelesaikan sesuau masalah itu. Bukannya bertindak menghina dan mencaci dikhalayak ramai dan boleh menjatuhkan maruah seseorang. Hal ini jelas sekali bertentangan dengan ajaran agama (Islam) dan akhlak sebagai seorang mukmin.

Sebagai seorang pendidik, mereka sepatutnya dihormati dan disanjungi. Bukannya dihina dan dicaci. Mereka juga adalah insan biasa seperti tuan2 dan puan2, tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Sekiranya ada berlaku perkara2 yang bersifat tidak puas hati dan sebagainya carilah jalan penyelesaian dengan cara yang terbaik sepertimana yang telah dianjurkan dalam agama kita. Bukannya dengan cara menurut hawa nafsu semata2.

Aku juga berpendapat, tidak ada seorang guru di dunia ini yang sengaja memukul pelajarnya tanpa sebab dan musababnya dia bertindak sedemikian. Kecuali guru itu di sahkan mengalami tekanan dan sakit mental. Ini kemugkinan berlaku sesuatu di luar batasan. Tetapi kalau guru itu seorang yang normal, tidak mungkin dia memukul pelajar itu tanpa sebab. Mungkin cara tindakan dan hukuman itu membezakannya. Setimpal atau tidak dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh pelajar tersebut.

Memanglah pelajar2 sekarang ni sangat manja dan lembik (pendapat aku), guru marah sikit balik mengadu kat ibubapa. Malah apa yang menyedihkan ibubapa lebih percayakan aduan anak2 mereka daripada penjelasan guru. Ini yang berlaku sekarang. Maka bertambah manjalah pelajar2 ini kerana sekiranya mereka melakukan kesalahan2 kerana mereka menganggap tidak mengapa sebab ibubapa mereka bagi suport dibelakang.

Jika kita tinjau zaman tuan2 dan puan2 dahulu, ibubapa itu sendiri datang ke sekolah menyuruh guru menegur dan memukul anak2 mereka sekiranya mereka melakukan kesalahan di sekolah. Hal ini berlaku ke atas diri aku sendiri..Di mana Mak aku sanggup jumpa cikgu semata2 untuk melihat aku jadi anak yang baik di sekolah. Malah di kasi rotan lagi kat cikgu khusus untuk memukul aku sekiranya aku malas,degil dan melakukan kesalahan di sekolah. Tetapi apa yang aku perhatikan zaman sekarang jauh sekali perbezaannya. Kalau guru dihina dan dicaci, di mana anak2 tuan2 dan puan2 untuk mendapat keberkatan ilmu seseorang guru itu?? Kalau pelajar itu tidak lulus exam, jangan salahkan guru, seorang guru walaupun dirinya dihina dan dikeji dia tetap mengajar anak tuan2 dan puan2. Itulah semangat seorang guru. Walau apapun cabaran dan dugaan dihadapi, dia tetap teruskan usahanya untuk melihat anak bangsanya maju dan berjaya seperti bangsa2 lain.

Tuan2 dan puan2 juga harus ingat, setinggi mana pun pangkat tuan2 dan puan2, hatta seorang perdana menteri sekalipun, ianya datang dari titik peluk seorang guru jua. Tak payahlah tuan2 dan puan2 nak berdabik dada dengan pangkat tuan2 dan puan2 itu..Tuan2 dan puan2 kenal huruf A, No 1 dan huruf alif, ba, ta dan seterusnya tu adalah dari ilmu seorang guru juga. Janganlah tuan2 dan puan2 dengan bangga dan sombong datang ke sekolah semata2 untuk menghina dan mencaci seorang guru. Walau pun besar mana sekali pun kesalahan guru itu, tak payahlah nak tunjuk hero..Kalau guru itu tidak halalkan ilmunya sampai akhirat pun anak tuan2 dan puan2 tidak akan dapat kberkatan ilmu itu. Jangan hairanlah belajar setinggi mana pun, sedalam mana pun ilmu agama, kalau tidak berkat dia tetap juga melakukan yang dia sebenarnya tahu perkara itu salah dari segi agama dan undang2 dunia sebab ilmu yang dimiliinya tidak boleh menjaganya dirinya daripada terjerumus dan melakukan perkara2 tersebut sebab TIDAK ADA KEBERKATAN. Kalau tuan2 dan puan2 cakap, alahhhh…tanpa cikgu pun aku boleh baca sendiri juga…Kata2 ini adalah pembohongan semata2 dan jelas2 ianya satu pembohongan!!!

Justeru itu, kepada pihak yang berkenaan dan yang bertanggungjawab, anda sebagai pemimpin yang dilantik untuk menguruskan hal ehwal seperti ini, maka jalankanlah tangungjawab dan amanah itu sebaik mungkin dengan hati yang ikhlas. Janganlah bersikap berdiam diri dan lepas tangan. Buatlah sesuatu untuk menyelesaikan dan menanggani masalah ini secara efektif dan rasional, supaya ianya tidak menjejaskan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah demi kepentingan anak2 dan pelajar2 kita sebagai pewaris agama, bangsa dan negara.

WALLAHU A”LAM

petikan dari Abu Musaddad....

Baca Selanjutnya..

5/18/2009

kisah seorang GURU



“Bib bib (2x).” bunyi nada mesej telefon bimbit saya sewaktu saya dalam perjalanan pulang kerja.

“Jasa dan pengorbanan tiada tandingan, moga perjuangan kekal berpanjangan, terima kasih atas ilmu yang dicurahkan..~SELAMAT HARI GURU~xxxxxxxx.”

Mesej ini saya terima tanpa menyedari bahawa esok (16 Mei) adalah Hari Guru.

Apa-apa pun mesej yang berharga ini sudah cukup menghiburkan dan menyejukkan hati insan yang bernama ‘guru’, tidak kira pelajar-pelajarnya benak ke atau cerdas ke..ia sudah memadai. Bangga menjadi seorang ‘guru’.

Terdetik juga di benak kepala, kalau ‘lecturer’ sudah tentu tidak dapat ucapan sebegini kerana ’sentuhan’ mereka berbeza.


Dilema Guru

Saya sempat menyelak majalah Dewan Masyarakat edisi Mei 2007 berkisar pahit maung kerjaya seorang guru. Sarat dengan kisah dan teladan yang boleh diambil.

Ya! guru adalah ‘pemula’ kepada si ‘bodoh’ menjadi ‘pintar’ dan guru juga berperanan sebagai seorang ‘ayah’ dan ‘ibu’ kepada pelajar yang kehilangan kasih sayang.

Guru adalah segala-galanya.

Besarnya pengorbanan guru bila berada di pedalaman terutamanya di Sarawak dan Sabah, ada yang terpaksa meredah belukar dan denai dengan berjalan kaki selama 8 jam untuk sampai ke sekolah.

Ada juga kisah yang terpaksa ke sekolah menaiki bot yang jaraknya sejauh 350km, semata-mata untuk mendidik anak-anak di luar bandar untuk boleh sekurang-kurangnya menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) agar ‘celik’ dan tidak mudah ditipu kelak. Pelajar-pelajar di sana cukup tekun untuk belajar walau sukar untuk memperolehinya.

Subhanallah.

Lain pula kisahnya di sekolah-sekolah bandar. Guru agak mudah menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada tetapi pelajarnya pula tidak agak ’sukar’ menerimanya (bukan semua).

Ada juga guru yang dianggap ‘musuh’ sehingga ke mahkamah untuk menyelesaikan kes. Aduh!

Mengeluh juga jika mengenangkan kes-kes seperti ini berlaku kepada guru dan pelajar kini.

Dulu Kala

Jika seorang pelajar gagal menghafal atau menurut arahan yang diberikan guru, dendaan dirotan, dipiat telinga, dicubit diperut adalah menjadi perkara biasa. Bahkan ada yang diterajang keluar kelas.

Jika pelajar berkenaan mengadu kepada ibubapa, bukan mereka mendapat pembelaan, bahkan ‘ditambah’ sebagai balasan kerana engkar dengan arahan.

Itulah asam garam kehidupan seorang pelajar berhadapan dengan pengetahuan (guru).

Kini

Piat, cubit, rotan di tangan bahkan hanya dengan amaran sahaja pun, kemungkinan akan dibawa kes ke mahkamah.

Serba tidak kena dengan peranan guru di sekolah, istlah mengajar dan mendidik menjadi persoalan.

Ada yang kata, guru hanya perlu mengajar sahaja, mendidik berikan kepada teman (ibubapa).

Ada pula yang membuat hujahan , gurulah cerminan kepada jatidiri pelajar berkenaan. Bermaksud mengajar dan mendidik pelajar menjadi insan budiman.

Salah tanggapan tentang ‘career’ seorang guru juga dipersoalkan. Ada guru yang hanya ‘cari makan’ bukan hendak memberi pendidikan. Ada juga guru yang mengambil peluang, di sekolah ‘bagi sikit-sikit’..yang ‘lebih’ tu dibuat ‘kelas tambahan.’ Aduh! pening-pening, serba tak kena dengan guru zaman kini.


Baca Selanjutnya..

5/17/2009

HAPPY TECHER'S DAY


Assalamualaikum...

selamat hari guru kepada semua warga pendidik di seluruh Malaysia. mmmmm dptlah satu kad ucapan dari cikgu eriey....hehehehe...lawo kad.
thanxx eriey.......itu tandanya dihujung minggu ni...kat umah je lah yaa......hehehe.....
ucapan selamat hari guru utk semua guru yang telah mendidikku sejak sekolah rendah lagi.....



citer pasal cikgu skolah rendah dulu ...kelakar... masa aku di darjah 2, rasanya....cikgu tuh pun dah arwah kot!!!...... nama cikgu tu kalau x silap, cikgu kamariah.....masuk jer kelas kami dia mula lentok kat meja guru...tandanya...adalah tugas kami yg disusun jadual kena cari uban dia.....ahahahaaaa.....

susah cari uban.....dia suruh ambik kapur tulis .......letak kat tangan...so, mudahlah nak cabut uban dia.....boleh dikatakan hari2 camtuh....kelas aku 2 zamrud masa tuh. tapi...aku heranlah masa tuh...kami sebagai anak murid x reti nak merungut apatah lagi komplen kat mak ayah.
terima jer....cara cikgu tuh....sebab yg kami tahu,...walau sesapun pun jua...walaupun tukang kebun...kalau dia lebih tua dari kita....kita kena hormat. itulah bezanya anak murid dulu dan sekarang.....

mungkin disebabkan itulah....aku juga telah ditakdirkan menjadi seorang guru walaupun itu bukan cita2 asal. bagi aku, guru perlu dihormati bukan kerana aku perlu dihormati oleh pelajar aku, tapi aku yang perlu menghormati bekas2 guru aku. prinsip hidup.... apapun yang kita buat, biarlah mendapat keberkatan dari Allah taala...amin.

Baca Selanjutnya..

5/14/2009

mmm...dah balik dah

Assalamualaikum.....dah balik dah. fuh....lotih den.....4 hari g kursus. toksah tanya laaaa.....mesti ler kursus untuk subjek chemistry......timba pengalaman beb!!!


Rupanya banyak lagi yg kita belum tahu. tul kata org tetua, makin byk kita blajar, makin byk bende kita tak tau.....tapi Alhamdulillah .......dah selesai semuanya...penceramah x kedekut ilmu....member seperjuangan sama2 blajar...sumernya bergerak dengan lancar.....


apa yg guru2 dpt dr kursus....tuh semua utk pelajar.......
tahniah pada chemistry teacher from all states.......ya!!!

Baca Selanjutnya..

5/06/2009

Penataran PeKa Kimia

Jam 2 ptg......penataran PeKa Kimia di PPD Bera. Rasanya dah lama x gi peka penataran...maklomler asyik berpindah randah. Lupa lakk nak ambik gamba muka2 cikgu kimia yg sungguh komited kat daerah Bera ni.....


Memang tak dinafikan...guru2 sgt komited kat daerah ni........cuma gps xleh nak tanding kt daerah2 bandar....sbb daerah bera....semuanya skolah biasa.....takder skolah asrama penuh...
tapi ...saper kata tak boleh? semuanya tak mustahil....kat bumi Allah ni....cuma nak ngan taknak jer.....Alhamdulillah kami sebgai guru2 yang terlatih dtg sini utk mencurahkan bakti memajukan anak2 daerah bera ni...walaupun kami bukan asal daerah ini....buat apa pun biarlah kerana Allah s.wt....amin

Baca Selanjutnya..

5/04/2009

DAH START BZ......

Bulan Mei...start bz. banyak yang kena handle..........permintaan tinggi.
PeKA.....chemistry.....PMR Science......fuh...............so tired.
checklist......observation...what else? too many job for finished!!


But ...all of these things make me feel a person.......o....somebody that has a vision and mision......so, who am i? i believe that .......someone else....feel the same way too....gotcha...!!!.....i am a teacher, i've to complete.....this life unless........(think by ur self!!)...Alhamdulillah, that's all i can say.

We have a God.....so, thanks God......Syukur ke hadrat illahi..................whatever matter .......comes through our life...so, please....please.....please....think to Allah s.w.t......

gotta...to go....

Baca Selanjutnya..

4/29/2009

SELAMAT HARI IBU--Restu Ibu Imam Syafie

Sejak kecil, Imam Syafie telah hafal al-Quran dan banyak hadis. Jika mendengar ada guru datang mengajar, dia segera pergi bagi menimba ilmu. Ketika berusia 14 tahun, Imam Syafie menyatakan hasrat kepada ibunya tentang keinginannya untuk merantau bagi menambahkan ilmu.

Pada mulanya, ibunya merasa berat untuk melepaskan kerana Syafie adalah satu-satunya harapan ibunya untuk menjaganya di hari tua. Demi ketaatan dan kasih sayang Syafi'e kepada ibunya, dia membatalkan keinginannya itu. Akhirnya ibunya mengizinkan Syafi’e merantau bagi menambah ilmu pengetahuan.


Sebelumnya melepaskan anaknya, maka ibunya berdoa, “Ya Allah Tuhan yang menguasai seluruh Alam! Anakku ini akan meninggalkan aku untuk berjalan jauh, menuju keredhaanMu. Aku rela melepaskannya untuk menuntut pengetahuan peninggalan PesuruhMu. Oleh kerana itu aku bermohon kepadaMu, ya Allah agar dipermudahkan urusannya. Peliharakanlah keselamatannya, panjangkanlah umurnya agar aku dapat melihat kepulangannya nanti dengan dada yang penuh dengan ilmu yang berguna. Amin!”

Selesainya berdoa ibunya memeluk Syafie yang kecil dengan penuh kasih sayang dan dengan linangan air mata kerana sedih untuk berpisah.

“Pergilah anakku. Allah bersamamu! Insya-Allah engkau akan menjadi bintang ilmu yang paling gemerlapan dikemudian hari. Pergilah sekarang kerana ibu telah redha melepaskanmu. Ingatlah bahwa Allah itulah sebaik-baik tempat untuk memohon perlindungan.”

Selepas ibunya berdoakan, Syafi'e mencium tangan ibunya dan mengucapkan selamat tinggal. Dia meninggalkan ibu yang sangat dikasihinya dengan hati yang pilu dan mengharapkan ibu sentiasa mendoakan kesejahteraannya dalam menuntut ilmu.

Oleh kerana kehidupannya yang sangat miskin, maka Syafi'e berangkat dengan tidak membawa bekalan wang, kecuali dengan berbekalkan doa ibunya dan cita-cita yang teguh untuk menambah ilmu sambil bertawakkal kepada Allah.

Ketika mengingati kisah ini, Imam Syafie berkata, “Sesekali aku menoleh kebelakang untuk melambaikan tangan kepada ibuku. Dia masih berada perkarangan rumah sambil memperhatikan aku. Lama-kelamaan wajah ibu menjadi samar ditelan kabus pagi. Aku meninggalkan kota Makkah yang penuh barakah tanpa membawa sedikit pun bekalan wang. Apa yang menjadi bekalan bagi diriku hanyalah Iman yang teguh dan hati yang penuh tawakkal kepada Allah serta doa restu ibuku sahaja. Aku serahkan diriku kepada Allah seru sekalian Alam.”

Baca Selanjutnya..

4/24/2009

NIK NUR MADIHAH -Jadikanlah Teladan






"KITA selalunya tengok anak-anak 'orang besar' yang dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Apa salahnya kali ini anak seorang nelayan yang keluar di televisyen dan surat khabar sebagai pelajar terbaik. Saya cabar dia."

Begitulah kata-kata Nik Mohd. Kamal Hussin, 41, bapa kepada Nik Nur Madihah, 18, yang berjaya mendapat keputusan 19 A1 dan 1 A2 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 yang diumumkan Khamis lalu.


Baca Selanjutnya..

4/18/2009

PENGUMUMAN.....PENGUMUMAN...ANNOUNCEMENT

DI GADGET KAT SBELAH TU, ADA DISERTAKAN SEKALI BAHAN-BAHAN P&P UNTUK SUBJEK KIMIA SPM. SEMUANYA ADA......JADI UNTUK PELAJAR-PELAJAR CIKGU......

JADI UNTUK SESIAPA YANG BERMINAT, SILA-SILALAH YA

Baca Selanjutnya..

4/17/2009

Amat Meletihkan

Amat meletihkan hari ni.......2 hari tinggalkan skolah...cam 2 bulan. balik jer skolah, blur nak handle pelbagai kerja yang menimbung atas meja sampai tak dpt beza meja ngan gunung kinabalu lg dah...hehehehe. mana nak wat peka, nanda buku....ngajar...relief...tp aku caya yang semua tu wujud coz aku mampu lakukannya......
balik umah.....anak ngamok...adusssss....dugaan...dugaan...tp aku caya bahawasanya bkn aku sorang yg jdk gini....ada org lg teruk.....keje lg...blk anak lagi....dahlah suami keje jauh....
aku tetap bersyukur......dan kepuasan tetap menjadi milik aku....apabila student aku tahu cara menghargai ilmu yg aku curahkan......

Baca Selanjutnya..

4/15/2009






Hari kedua kursus pedagogi. Gamba pertama tuh.......JU kami. Dah lama dah ngaja...byk penalaman katakan...Pn Maimunah dr SMK Mengkarak. Gamba lelain tuh, sesi mikroteaching....bebudak yg jdk mangsa. dengor je la....paham ke idak...Waallahullam......hehehe.
yelaa.....guru yang mengajar pun tak kenal pelajar tuh...camne nak nolong...? pepapun...tahniah.....adalaa...gak bebudak yg paham.....hihihi.

post signature

Baca Selanjutnya..

penceramah bengkel pedagogi kimia


Inilah penceramah kami...En Nazli. sangat pakar dalam bidang kimia. Dialah rujukan kami di daerah bera ni. Sentiasa mengambil berat soal kaitan dengan subjek kimia....Alhamdulillah, ilmu yang diberikan sangat membantu kami dalam mendidik pelajar.

Baca Selanjutnya..

4/14/2009

kursus pedagogi kimia di smk bukit mendi




Ini masa aku pegi kursus pedagogi kimia kat smk bukit mendi. buat bengkel la...plak. rasa cam baru masuk u plak...ihiks. tp ok gak, rasa cam muda balik...ahakksssssss. tp sedih gak tinggalkan anak2 murid kat skolah....yelah dtg kursus utk mantapkan cikgu...tp bila bdk2 tu nak mantap agaknya.....kan. takpelah......syukur seadanya


Baca Selanjutnya..

kursus pedagogi kimia di smk bukit mendi





Baca Selanjutnya..

anakku tidur merata


Anakku tidur merata...heheh...tu ler tajuk di atas. cam best jek si rafiq ni tido. ltk atas katil ngamok...atas toto...ngamok gak...last2...hehehehe....tu tempat yg dia nak tido. berejam gak tido ats tuh......susah...bdk2 zaman skang nih...apa kita kata...itu yg dia xnak ikut. nih br umo staun....dah bsr sok...tak tau ler....Ya ALLAH Ya Tuhanku....jadikanlah anakku seorang yg soleh....Amin


Baca Selanjutnya..

KECEKALAN SEORANG INSAN



Ini...anak murid aku....sangat cekal. mengalahkan manusia normal. tahun ini dia akan ambik pmr. sanggup datang kelas tambahan petang. mungkinkah kita secekal beliau? umur yg masih muda tak pernah menghalang pelajar ini dari memikirkan masa depannya walaupun serba kekurangan. satu kekuatan untuk kita.....insan yg lemah lagi kerdil ini. sentiasalah kita bersyukur dengan kelebihan yg dianugerahkan sbb masih ada insan yg lemah yg masih tau bersyukur...ALHAMDULILLAH

Baca Selanjutnya..

majlis tadarus smk bera bndr 32

best ....tul acara ni dianjur di skolah ku. nampk kerjasama dr pibg...sume hadir memeriahkan majlis.
apatah lg guru-guru yg nampkanya bersemangat.
maklumlah lama takder mjlis besar-besaran di skolah ni. rasa best gak....ramai guru dr skolah lain yg hadir.

pertandingan bayk...majlis hafazan...tilawah...nasyid. cite pasal nasyid..nih best. tuan rumah menghantar wakil pelajar yang terdiri drpd plajar2 bermasalah disiplin. tp tak sangka plak, sejuk mata mandang bdk2 tuh....walaupon x dpt tempat...tp nampak perubahan pd bdk2 tuh. nak plak diaorg masuk nasyid...satu perubahan positif!!

gamba takdan nak ambik.....hp lak tertinggal....tp nak ckp tu lahh....bdk bermasalah, jgn anggap mereka tak berguna.

masa tulis ni..tetiba dpt brita...pasukan nasyid di tangga 4 dr 9 pasukan...bangganya aku......

tp yang paling bangga....cikgu yg melatih diaorg lah.... CIK NORHAYATI BT RAMLI......tahniah...kak ti....jasamu dikenang.....

SENARAI NAMA ANAK-ANAK KEBANGGAAN SMK BERA BNDR 32:

1. AJAK (CAYALAH...LEH MASUK AF)
2.FADUL (NAPE TGN KETAR TU?....EHEM)
3. KAMISAN ( BEST..NYANYI ENJOY..CAM PENYANYI LAMA DAH)
4. FARID (ENJOY GAK......SAMPAI X IGT MEMBER SEBELAH)
5. AZIZUL (SYOK MEMBER BLAKANG....SAMPAI TERLUPA NAK BUAT GAYA...APARAAAA....)
6. AMRU (NYANYI DAH BEST...SENYUM LAH SKET...IKUT MEMBER SEBELAH X BUAT GAYA)
7. SUHAIMI (BAGUS SENTIASA SENYUM....PANDAI MAIN MUZIK..SEMANGAT)
8. MEON (SENYUM LAH SKET...CAM KENA PAKSA JER..MAIN MUZIK)
9. KIMI (COMEL JE.......PANDAI MAIN MUZIK)

Baca Selanjutnya..

KAD HARI GURU UNTUK BLOGGERS



Baca Selanjutnya..

4/08/2009

BLOG KIUTCOMEL.COM

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Pada suatu hari, Rasulullah saw. muncul di antara kaum muslimin. Lalu datang seorang laki-laki dan bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Iman itu? Rasulullah saw. menjawab: Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, pertemuan dengan-Nya, rasul-rasul-Nya dan kepada hari berbangkit. Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, apakah Islam itu? Rasulullah saw. menjawab: Islam adalah engkau beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan apa pun, mendirikan salat fardu, menunaikan zakat wajib dan berpuasa di bulan Ramadan. Orang itu kembali bertanya: Wah
ai Rasulullah, apakah Ihsan itu? Rasulullah saw. menjawab: Engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Dan jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia selalu melihatmu. Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, kapankah hari kiamat itu? Rasulullah saw. menjawab: Orang yang ditanya mengenai masalah ini tidak lebih tahu dari orang yang bertanya. Tetapi akan aku ceritakan tanda-tandanya; Apabila budak perempuan melahirkan anak tuannya, maka itulah satu di antara tandanya. Apabila orang yang miskin papa menjadi pemimpin manusia, maka itu tarmasuk di antara tandanya. Apabila para penggembala domba saling bermegah-megahan dengan gedung. Itulah sebagian dari tanda-tandanya yang lima, yang hanya diketahui oleh Allah. Kemudian Rasulullah saw. membaca firman Allah Taala: Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. Kemudian orang itu berlalu, maka Rasulullah saw. bersabda: Panggillah ia kembali! Para sahabat beranjak hendak memanggilnya, tetapi mereka tidak melihat seorang pun. Rasulullah saw. bersabda: Ia adalah Jibril, ia datang untuk mengajarkan manusia masalah agama mereka

Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 10


PAKAIAN MUSLIMAH

Dalam mencari keredhaan, perkara asas yang wajib dilakukan terlebih dahulu....terutama soal pemakaian. bukannya nak cite apa, nak cakap ni baju aku baru beli....ihiks........

ini baju muslimah...alaaa t-shirt labuh tuh. nanti aku bagi link kedai kat korang yer.




Baca Selanjutnya..

BLOG KIUTCOMEL.COM

Baca Selanjutnya..

Sejenak

Chemistry link

module
homework
intervensi
exam
juj
periodic table software



P/S : Provided below;
~notes for all topics (cover form 4 and 5 lessons)
~SPM format questions
~SPM technique answering
Perhatian : Ruangan bahan nota serta soalan contoh dalam proses upgrade..anda diminta sentiasa singgah ke blog ini untuk mendapatkan maklumat terkini.

CHEMICAL BONDING


Sodium Chloride :

explain how this compound can be formed.



§ Electron arrangement of sodium atom is ...................

§ Sodium atom has …………. valence electron.

§ Sodium atom …………… one electron to form sodium ion, Na+ and achieve a stable …………… arrangement.

§ Electron arrangement of chlorine atom is ...................

§ Chlorine atom has …………. valence electron.

§ Chlorine atom …………… one electron to form chloride ion, Cl- and achieve the stable …………electron arrangement.

§ The sodium ion, Na+ and chloride ion, Cl- formed are attracted to one another with strong force to form a solid sodium chloride, NaCl compound. The attractive ………………..force between the ions is called an ionic bond or electrovalent bond.

patterning exercise [carbon compound]



1. Ethene + Hydrogen

2. Propene + Hydrogen

3. But-2-ene + Hydrogen

4. Ethene + Bromine

5. Propene + Bromine

6. But-2-ene + Bromine

7. Ethene + Hydrogen Chloride

8. Propene + Hydrogen Chloride

9. But-2-ene + Hydrogen Chloride



NOTE : TRY TO ANSWER THIS! YOU CAN SEND YOUR ANSWER TO MY EMAIL.

preparation of soluble salts (not Na, K, NH4+ salt)~ [chapter 8 form 4]

soluble salt : Copper(II) sulphate, CuSO4
Name two chemical substances to prepare the salt :
  1. Sulphuric acid

  2. Copper (II) Carbonate

Chemical equation
:

H2SO4 + CuCO3 à CuSO4 + CO2 + H2O


Description :

1. 50 cm3 of acid is measured using a measuring cylinder and poured into a beaker. The acid is heated slowly.

2 Using a spatula, metal / metal oxide / metal carbonate powder is added a little at a time while stirring the mixture with a glass rod.

3. The addition of the solid powder is stopped when some solids no longer
dissolve anymore. (the solid is excess and all the acid is completely
neutralised by the solid
)

4.
The mixture is filtered to remove the excess solid powder.

5.
The filtrate is transferred to an evaporating dish.

6. The filtrate is heated until saturated. (The filtrate is evaporated to

about one-third (1/3) of the original volume).

7. The saturated solution is then allowed to cool to room temperature

and the salt crystals are formed.

sample of question [solving problem using chemical equation]

question:


2HNO3(aq) + CaCO3(s) à Ca(NO3)2 (aq) + H2O(l) + CO2(g)

20 g of calcium carbonate is completely reacted with excess of dilute nitric acid to produce calcium nitrate solution, water and carbon dioxide gas.


Based on the chemical equation, find the volume of carbon dioxide gas released at room condition.

[Relative atomic mass: Ca,40; C,12; O,16; H,1; N,14 ; Molar volume: 24 dm3 at room condition]


problem solving :


Number of moles of CaCO3 = 20 ÷ 100

= 0.2 mole

Based on the equation,

1 mole of CaCO3 produced 1 mole of CO2

Therefore,

0.2 mole of CaCO3 produced 0.2 mole of CO2

So,

0.2 mole of CO2 = 0.2 X 24 dm3

= 4.8 dm3


note : unit is very important in numerical answer, no unit.....no mark that will be given!

Chemistry form 5 [Rate of reaction]

sample question :

When a sodium thiosulphate solution is reacted with hydrochloric acid, the rate of the reaction can be measured by timing how long it takes for a sufficient amount of sulphur to form so that a dark cross drawn on a piece of card below the reaction flask can no longer be seen.


1) What is the rate of reaction if the time taken for the cross to disappear in 50 seconds?

Answer: Rate = 1/Time = 1/50s = 0.02/s

2) Write the chemical equation for the reaction above.

Answer: Na2S2O3 (aq) + 2HCl (aq) --> 2NaCl (aq) + S (s) + SO2 (g) + H2O (l)

chemistry form 4 [atom]

The word 'atom' comes from a Greek word that means 'something that invisible'. However, atom can be split!

According to modern atomic theory, subatomic particles like protons and neutrons form the nucleus of an atom, while electrons whirl around the nucleus in different orbits with such a tremendous speed that they seem to form layers of shells around it.

Scientist And His Findings

John Dalton (1766 - 1844)
i) All elements are made up small indivisible particles called atoms.
ii) The atoms of an element are alike but differ from those of other elements.

J.J. Thompson (1856 - 1940)
Suggested the the atom is positively charged sphere with electrons embedded in it.

Ernest Rutherfold (1871 - 1937)
Discovered protons, and suggested thet protons are concentrated in the nucleus - the centre of an atom - which is surrounded by a cloud of electrons.

Niels Bohrs (1885 - 1962)
Proposed that electrons are arranged in orbits surrounding the nucleus.

James Chadwick (1891 - 1974)
Discovered neutrons, and proposed that the nucleus contains protons and neutrons, with electrons moving in orbit surrounding it.

chemistry form 4 [Isotopes identified]

Most atoms have several naturally occurring isotopes. An isotope is an atom that contains a different number of neutrons in its nucleus from that of other atoms of the same element.

This means that different isotopes of an element have different masses, since both protons and neutrons contribute about equally to the mass of an atom.

Radioisotopes such as phosphorus-32, carbon-14, sodium-24 and iodine-131 emit radiations. Thus, detectors like Geiger-Müller counter are used to trace the presence of radioactive radiations.
Radioisotopes are used in agricultural, medicinal, archaeological and industrial fields.

Some examples of the various uses of radioisotopes are shown as below, in sector;

NUCLEAR ENERGY
  • Isotope Uranium-235 used to produce nuclear energy.

AGRICULTURE
  • Isotope Phosphorus-32 or Nitrogen-15 used to traces the rate of nutrient absorptions in plants.
  • Gamma Rays used to sterilises pests. Inhibits the sprouting of potatoes, onions and gingers.

INDUSTRY
  • Gamma Rays used to checks wear and tear in engines. Gauges or controls the content level in canned food.
  • Strontium-90 used to gauges or controls the thickness of paper and metal in industries.
  • Cobalt-60 used to detects crack in metal or concrete structures.

Chemistry form 4 [Kinetic Theory of Matter]

  • Matter is made up of small and discrete particles, which are constantly in motion and contain kinetic energy.

  • Solid particles are held by strong forces of attraction, which packed them closely in an orderly manner. Thus, solid has a fixed volume and shape. Solid particles have limited motion; they can only rotate and move about a fixed position.

  • Forces of attraction between liquid particles are weaker than those in solid particles. Thus, the particles are arranged less compact and less orderly. Liquids have a fixed volume but not a fixed shape. The particles can vibrate, rotate and move throughout the liquids.

  • Particles in gas are held by very weak forces of attraction. The particles are very far apart from each other and are in constant motion. The particles vibrate, rotate and move randomly. Gas does not have a fixed shape or volume and can be compressed easily.

Chemistry form 4 [Periodic table and elements]


1. Lothar Meyer (1830-1895)
This German chemist recognised periodic behaviour based on his graphs of the atomic volume of elements against their atomic weight.

2. Dmitri Mendelev (1834-1907)
This Russian chemist made a table of elements and left a gap for elements that had not yet been discovered.

3. Antoine Lavoisier (1743-1794)
This French chemist classified elements into four groups - gases, non-metals, metals and earths.

4. John Newlands (1837-1898)
This English chemist's law of octaves stated that when elements were placed in the increasing order of atomic weight, the properties of elements fell into a pattern at regular intervals.

5. Henry J. G. Moseley (1887-1915)
This British chemist rearranged the elements in order of increasing atomic number.

6. Johann Dobereiner (1780-1849)
This German chemist proposed the law of triads, which stated that elements came in groups of three.
 

Copyright © 2009 by ...