Assalamualaikum
Di kala zaman yang serba mencabar ini, GURU dianggap kurang mulia berbanding GURU pada zaman bapa atau mungkin datuk kita yang dulu. Apakah istimewanya manusia yang bernama GURU pada zaman ini?? siapakah yang boleh menjawab persoalan ini? Jika ditanya pada orang yang berikut::
pelajar : kami benci guru, rotan kami...mak ayah kami tak pernah rotan
ibubapa: jangan rotan anak kami
masyarakat: kerja guru senang...pegi pagi..balik tengahhari. gaji boleh tahan. banyak cuti. tugas bercakap dan mengajar sahaja. tak perlu duduk di tngah panas. cukup bulan gaji masuk.
guru: ajar pelajar ...taknak belajar, rotan nanti mak bapak marah, tak rotan nanti taknak belajar, keputusan jatuh nanti kena jawab, jawab pelajar malas tak boleh....
itu persoalan yang sering timbul pada zaman ini. manakah kedudukan seorang GURU. Adakah zaman ini waktu kerja guru masih separuh hari?? masuk 7.30 pg balik 1.00 tgh. Adakah masih wujud guru yang mempunyai waktu kerja sebegini?? GURU mengajar 30 org pelajar dalam satu-satu masa supaya 30 org pelajar tersebut menjadi manusia berguna. Pernahkah perasaan GURU dipedulikan? sikap pelajar zaman sekarang yang agak kurang sopan dengan GURU...adakah itu dipedulikan? siapa yang peduli?
SALAHKAH SEORANG GURU JIKA MENDIDIK MURIDNYA UNTUK BERTANGGUNGJAWAB DENGAN DIRI SENDIRI?
SALAHKAH SEORANG GURU MENEGUR KESILAPAN PELAJARNYA?
SALAHKAH SEORANG GURU MEROTAN MURIDNYA SEMATA-MATA UNTUK MENDIDIK?
SALAHKAH SEORANG GURU MEMARAHI MURIDNYA KERANA BERSIKAP MALAS?
DAN
DI MANAKAH KEDUDUKAN SEORANG GURU DI HATI ANAK MURIDNYA .....APABILA...ADA GURU MENGALIRKAN AIR MATA DEMI MEMPERBETULKAN SIKAP ANAK MURIDNYA?
TEPUK DADA TANYA IMAN.....