periodic table

5/19/2009

apabila guru dihina dan dicaci....

Assalamualaikum wbt…Hari ini KALAMKU terpanggil lagi untuk membicarakan sesuatu buat insan yang bergelar guru, pelajar dan ibubapa. Aku terbaca harian metro (22 April 2008) sebentar tadi di mana akhbar itu melaporkan kes 5 guru sekolah rendah dekat semenyeh Kajang dihina, dicaci dan dimalukan dengan kata2 lucah dan kesat oleh 2 lelaki yang dipercayai ibubapa kepada pelajar sekolah tersebut dihadapan pelajar2 mereka sendiri menyebabkan mereka ditertawaka oleh kira2 40 orang pelajar dan hanya mampu menanggis apabila dihina dan dicaci oleh ibubapa tersebut. Sungguh tersentuh dan menyayat hati apabila aku bayangkan keadaan itu.


Pendapat aku tentang hal ini, tindakan ibubapa pelajar tersebut adalah tidak wajar dan tidak rasional kerana telah bertindak mengikut hawa nafsu semata2. Padahal Islam telah menganjurkan kepada kita sebagai umat Islam yang berpegang kepada ajaran al-Quran, apabila berlaku perselisihan dalam sesuatu perkara hendaklah kita menyelesaikannya secara bermuzakarah dan mengadakan perbincangan supaya dapat mencari jalan untuk menyelesaikan sesuau masalah itu. Bukannya bertindak menghina dan mencaci dikhalayak ramai dan boleh menjatuhkan maruah seseorang. Hal ini jelas sekali bertentangan dengan ajaran agama (Islam) dan akhlak sebagai seorang mukmin.

Sebagai seorang pendidik, mereka sepatutnya dihormati dan disanjungi. Bukannya dihina dan dicaci. Mereka juga adalah insan biasa seperti tuan2 dan puan2, tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Sekiranya ada berlaku perkara2 yang bersifat tidak puas hati dan sebagainya carilah jalan penyelesaian dengan cara yang terbaik sepertimana yang telah dianjurkan dalam agama kita. Bukannya dengan cara menurut hawa nafsu semata2.

Aku juga berpendapat, tidak ada seorang guru di dunia ini yang sengaja memukul pelajarnya tanpa sebab dan musababnya dia bertindak sedemikian. Kecuali guru itu di sahkan mengalami tekanan dan sakit mental. Ini kemugkinan berlaku sesuatu di luar batasan. Tetapi kalau guru itu seorang yang normal, tidak mungkin dia memukul pelajar itu tanpa sebab. Mungkin cara tindakan dan hukuman itu membezakannya. Setimpal atau tidak dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh pelajar tersebut.

Memanglah pelajar2 sekarang ni sangat manja dan lembik (pendapat aku), guru marah sikit balik mengadu kat ibubapa. Malah apa yang menyedihkan ibubapa lebih percayakan aduan anak2 mereka daripada penjelasan guru. Ini yang berlaku sekarang. Maka bertambah manjalah pelajar2 ini kerana sekiranya mereka melakukan kesalahan2 kerana mereka menganggap tidak mengapa sebab ibubapa mereka bagi suport dibelakang.

Jika kita tinjau zaman tuan2 dan puan2 dahulu, ibubapa itu sendiri datang ke sekolah menyuruh guru menegur dan memukul anak2 mereka sekiranya mereka melakukan kesalahan di sekolah. Hal ini berlaku ke atas diri aku sendiri..Di mana Mak aku sanggup jumpa cikgu semata2 untuk melihat aku jadi anak yang baik di sekolah. Malah di kasi rotan lagi kat cikgu khusus untuk memukul aku sekiranya aku malas,degil dan melakukan kesalahan di sekolah. Tetapi apa yang aku perhatikan zaman sekarang jauh sekali perbezaannya. Kalau guru dihina dan dicaci, di mana anak2 tuan2 dan puan2 untuk mendapat keberkatan ilmu seseorang guru itu?? Kalau pelajar itu tidak lulus exam, jangan salahkan guru, seorang guru walaupun dirinya dihina dan dikeji dia tetap mengajar anak tuan2 dan puan2. Itulah semangat seorang guru. Walau apapun cabaran dan dugaan dihadapi, dia tetap teruskan usahanya untuk melihat anak bangsanya maju dan berjaya seperti bangsa2 lain.

Tuan2 dan puan2 juga harus ingat, setinggi mana pun pangkat tuan2 dan puan2, hatta seorang perdana menteri sekalipun, ianya datang dari titik peluk seorang guru jua. Tak payahlah tuan2 dan puan2 nak berdabik dada dengan pangkat tuan2 dan puan2 itu..Tuan2 dan puan2 kenal huruf A, No 1 dan huruf alif, ba, ta dan seterusnya tu adalah dari ilmu seorang guru juga. Janganlah tuan2 dan puan2 dengan bangga dan sombong datang ke sekolah semata2 untuk menghina dan mencaci seorang guru. Walau pun besar mana sekali pun kesalahan guru itu, tak payahlah nak tunjuk hero..Kalau guru itu tidak halalkan ilmunya sampai akhirat pun anak tuan2 dan puan2 tidak akan dapat kberkatan ilmu itu. Jangan hairanlah belajar setinggi mana pun, sedalam mana pun ilmu agama, kalau tidak berkat dia tetap juga melakukan yang dia sebenarnya tahu perkara itu salah dari segi agama dan undang2 dunia sebab ilmu yang dimiliinya tidak boleh menjaganya dirinya daripada terjerumus dan melakukan perkara2 tersebut sebab TIDAK ADA KEBERKATAN. Kalau tuan2 dan puan2 cakap, alahhhh…tanpa cikgu pun aku boleh baca sendiri juga…Kata2 ini adalah pembohongan semata2 dan jelas2 ianya satu pembohongan!!!

Justeru itu, kepada pihak yang berkenaan dan yang bertanggungjawab, anda sebagai pemimpin yang dilantik untuk menguruskan hal ehwal seperti ini, maka jalankanlah tangungjawab dan amanah itu sebaik mungkin dengan hati yang ikhlas. Janganlah bersikap berdiam diri dan lepas tangan. Buatlah sesuatu untuk menyelesaikan dan menanggani masalah ini secara efektif dan rasional, supaya ianya tidak menjejaskan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah demi kepentingan anak2 dan pelajar2 kita sebagai pewaris agama, bangsa dan negara.

WALLAHU A”LAM

petikan dari Abu Musaddad....

Comments :

2 comments to “apabila guru dihina dan dicaci....”

Erwin Y said...
on 

sungguh terlalu..padahal itu harus dilihat dari jasa guru yang sangat besar memajukan pendidikan..lah koq malah dicaci..:)

mcg said...
on 

betul tu....guru skarang ini rendah darjatnya

Post a Comment

 

Copyright © 2009 by ...